Ahad, 19 April 2015

Ahad, April 19, 2015
2 Beranak Tampar, Ludah Polis Naik Mahkamah | Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown selepas dituduh menampar dan meludah seorang anggota polis yang sedang menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Patani Rabu lalu.

2 Beranak Tampar, Ludah Polis Naik Mahkamah

Tertuduh, Shaikh Abdul Shukor Shaikh Abdul Wahab, 31, dan bapanya, Shaikh Abdul Wahab Shaikh Ibrahim, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan jenayah kekerasan dengan menampar dan meludah Ko­peral Mohamed Shahrul Nizam Mohamed Salleh ketika dia sedang menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Patani pada pukul 9.50 malam 15 April lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Muhamad Asri Abdul Hamid.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.