Ahad, 19 April 2015

Ahad, April 19, 2015
2 Lelaki Bergaduh Ala Ninja | Akibat dendam lama berpunca dari salah faham antara dua lelaki, salah seorang daripadanya tidak sedarkan diri selepas ditetak dalam kejadian di Badang Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) pagi semalam.

2 Lelaki Bergaduh Ala Ninja

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi itu, kedua-dua lelaki yang mengenali antara satu sama lain itu pada mulanya bergaduh di hadapan Klinik Kesihatan Badang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kedua-duanya mereka turut menggunakan senjata tajam dan menyebabkan kecederaan.

“Salah seorang daripadanya mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat dipukul dengan senjata tajam.

"Seorang lagi tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital," katanya.

Rohaimi berkata, setakat ini pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bergaduh-macam-ninja-1.381004


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.