Ahad, 19 April 2015

Ahad, April 19, 2015
8 Suspek Kes Tetak, Bunuh & Bakar Pondok Pengawal Di Tahan : Lapan suspek kes tetak dan bakar pengawal keselamatan di Bukit Raja awal pagi semalam ditahan di sekitar Klang.

8 Suspek Kes Tetak, Bunuh & Bakar Pondok Pengawal Di Tahan

Semua suspek berusia antara 26 hingga 59 tahun itu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap dan ditahan dalam tiga serbuan di Bukit Raja dan Meru, Klang, dari 11 malam hingga 4 pagi tadi.

Menurut sumber polis, pihaknya sudah mengenal pasti suspek kerana segelintir daripada mereka sudah beberapa tahun aktif dalam kumpulan gangster berkenaan.

"Semua suspek ditahan dalam tiga serbuan di kawasan awam dan di premis di Bukit Raja serta Meru," katanya.

1 Maut, 5 Cedera Pondok Pengawal Di Serang

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohammad Shukor Sulong berkata, semua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 1.30 pagi semalam seorang pengawal keselamatan maut manakala enam yang lain cedera selepas ditetak.

Tiga pondok keselamatan turut dibakar dalam kejadian di Bandar Bukit Raja.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/44892?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.