Rabu, 8 April 2015

Rabu, April 08, 2015
Abam Nasihat Pelawak Kasanova Bertaubat | Abam Bocey mengakui terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova yang sedang hangat diperkatakan kerana baginya perkara itu mencalarkan industri komedi tempatan.

Abam Nasihat Pelawak Kasanova Bertaubat

Pemenang Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 itu berpendapat bahawa kontroversi itu boleh merosakkan industri seni tempatan serta mengundang persepsi negatif dari orang ramai.

"Memang saya sangat terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova itu kerana apa yang beliau buat itu secara tidak sengaja akan melabelkan pelawak di mata orang ramai sebagai gila se-ks.

"Jangan kerana kontroversi itu membuatkan orang takut hendak berkawan dengan kami. Pelawak sudah diiktiraf di Malaysia tetapi apabila perlu wujudnya perkara sebegitu, ianya boleh merosakkan industri pelawak tempatan.

"Tindakan pelawak kasanova itu bukan sahaja mencalarkan malah menggelapkan portfolio pelawak di Malaysia. Ianya boleh membuatkan semua pelawak terkesan kerana semuanya turut terpalit," tegas Abam.

Abam nyata terkilan dengan sikap pelawak kasanova yang tidak berfikir panjang seperti dilaporkan menerusi pendedahan meluas media khususnya BHOnline.

"Kepada pelawak itu, sudah-sudahlah.. Kalau perlu kahwin, kahwinlah. Selalunya orang sebegitu adalah individu yang kurang kasih sayang dan perhatian dari perempuan.

"Tidak dinafikan sekarang ramai yang ingin berkawan dengan pelawak dan individu itu mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu yang bodoh.

"Kepada individu itu, bawa-bawalah bertaubat. Cuba renungi permasalahan ini dengan lebih mendalam jika rasa bersalah, bertaubatlah, kalau rasa betul maka teruskanlah," kata Abam secara sinis mengakhiri perbualan.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/46298


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.