Sabtu, 18 April 2015

Sabtu, April 18, 2015
Afdlin Shauki Tukar Bilik Di Istana Budaya Sebak Terkenang Allahyarham Harun Salim Bachik | Afdlin Shauki terpaksa menukar bilik persalinan di Istana Budaya ketika pementasan Lawak Ke Der 2015 kerana sebak sering terkenangkan rakan karibnya Allahyarham Harun Salim Bachik.

Afdlin Shauki Tukar Bilik Di Istana Budaya Sebak Terkenang Allahyarham Harun Salim Bachik

Kata Afdlin, bilik yang disediakan pihak produksi merupakan bilik yang sama ketika dia bersama Allahyarham menjayakan pementasan Lawak Ke Der sebelum ini.

"Saya ditempatkan di bilik persalinan yang sama dengan abang Harun jadi waktu saya berada dalam bilik tersebut saya asyik teringat Allahyarham sehingga mneganggu fokus.

"Disebabkan perkara itu, saya minta produksi tukar ke bilik lain kerana saya sentiasa rasa sebak," katanya.

Afdlin berkata demikian ketika ditemui selepas pementasan Lawak Ke Der 2015 di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Khamis.

Arwah Tak Jatuh, Cuma Sesak Nafas Tiba-Tiba - Anak Allahyarham Harun Salim Bachik

Pementasan Lawak Ke Der kali ke-4 ini berlangsung bermula 16 hingga 19 April 2015.

Afdlin berkata, Istana Budaya itu sendiri menjadi lokasi yang menyimpan terlalu banyak memori dan kenangan manisnya bersama Allahyarham.

"Tiap kali saya lihat meja di situ, terkenang waktu kami bersolek dalam persembahan Lawak Ke Der sebelum ini bagi menjayakan watak pramugari, Datin Maimon serta Pontianak.

"Bagimanapun, saya perlu bertindak profesional dan kena tahu kerja serta tugasan ketika ini adalah untuk menghiburkan penonton," katanya.

Selain itu, Afdlin turut menyifatkan arwah seorang yang komited dan akan mendiamkan diri setiapk kali sebelum melakukan persembahan.

Dalam segmen tribute Allahyarham Harun Salim Bachik, Afdlin kelihatan tidak dapat mengawal emosi dan menitiskan air mata ketika tayangan koleksi videonya bersama arwah pada pementasan Lawak Ke Der 2 tahun 2012.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/18/afdlin-shauki/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.