Khamis, 23 April 2015

Khamis, April 23, 2015
Akim Tak Terkejut Kenyataan Stacy | Akim Ahmad tidak terkekjut apabila kekasihnya Stacy membuat kenyataan tidak meletakkan harapan tinggi terhadap hubungan mereka itu.

Akim Tak Terkejut Kenyataan Stacy

Selain itu, Akim turut menyifatkan kenyataan tersebut adalah sesuatu yang normal bagi seseorang wanita apabila memberi komen mengenai isu percintaan.

"Hubungan kami masih lagi baik dan saya tahu mengenai kenyataan yang dibuatnya (Stacy). Biasalah perempuan, takkan nak cakap lebih-lebih tentang hal cinta yang belum pasti. Tak manis pula jadinya.

"Sebagai manusia biasa, saya telah pun mendedahkan hubungan cinta antara kami sebelum ini. Dan jika dia beri kenyataan sebegitu, tidak salah. Memang kami belum sedia untuk berkahwin buat masa ini," katanya.

Stacy sebelum ini tampil dengan mendedahkan sukar untuk dia menjangkakan hala tuju hubungannya dengan Akim pada masa hadapan.

Akim sebelum ini telah membuat kenyataan rasmi mengenai percintaannya dengan Stacy dan sekali gus menamatkan spekulasi hubungan mereka.

Namun timbul pula desas-desus lain mengatakan faktor perbezaan agama antara penghalang hubungan berkenaan.

Cinta Akim Dan Stacy Di Ragui?

Dalam pada itu, Akim berkata, perbezaan agama tidak pernah menghalang mereka untuk menjalinkan cinta dan kedua-dua belah keluarga terbuka dengan perhubungan tersebut.

"Walaupun kami berbeza agama, keluarga kedua-dua pihak sangat terbuka dengan perhubungan ini.

"Tetapi apabila isu agama timbul, ia agak sensitif untuk dibincangkan. Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa.

"Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan," ujarnya.

Walaupun belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, namun mereka bakal terlibat dalam satu projek nyanyian bersama yang akan diberitahu kelak.

Stacy Malu Dalam Gembira Dengan Pendedahan Akim

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/23/akim-komen-stacy/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.