Selasa, 21 April 2015

Selasa, April 21, 2015
Alvin Tan Hina Azan | Alvin Tan kembali mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video dia mempersendakan azan dengan menyanyi sambil bermain alat muzik di Facebook (FB) miliknya.

Alvin Tan Hina Azan

Video berdurasi 2.50 minit itu bertajuk 'Muslim Call to Prayer - Azan (R&B cover)' yang dimuat naik semalam dikecam orang ramai termasuk bukan Islam.

Alvin membalas komen orang ramai dan dia sedikitpun tidak menunjukkan sebarang penyesalan ataupun mengaku kesilapannya.

Blogger itu yang kini berada Amerika Syarikat sebelum ini pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam laman Facebook dengan menerbitkan kandungan menghasut iaitu gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan) Bak Kut Teh, Wangi, Enak dan Menyelerakan' yang mengandungi logo Halal dan mempamer gambar lu-cah.



Blogger Kontroversi ALVIN TAN sekali lagi bertindak Biadap terhadap Umat Islam dgn Merakam "Lagu AZAN"...
Posted by Kezoom on Tuesday, April 21, 2015

#Yang dia asik nak kacau org Islam kenapa? Mental kot...

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/45397#sthash.6ElltJsy.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.