Sabtu, 25 April 2015

Sabtu, April 25, 2015
Anak Berselfie Ketika Ibu & Kekasihnya Bergaduh | Apakah tindakan yang paling afdal dilakukan jika ibu dan kekasih anda sedang bergaduh? Pastinya bukan merakam video secara selfie.

Anak Berselfie Ketika Ibu & Kekasihnya Bergaduh

Namun itulah yang dilakukan oleh seorang remaja lelaki dari Amerika Syarikat ini. Apabila ibu dan teman wanitanya sedang bergaduh, dia bertindak merakam sebahagian besar insiden itu dan bukannya tolong meleraikan.

Lebih mendukacita apabila lelaki itu tidak mengambil serius malah terus ketawa dan merasakan kejadian itu satu perkara yang lucu.

Rakaman itu bermula apabila lelaki berkenaan menyerahkan kayu pemukul bola lisut kepada ibunya yang sedang berdiri di beranda rumah. Wanita berkenaan dilihat sedang memaki hamun teman wanita anaknya itu.

Apabila perkelahian bermula, wanita berkenaan ada meminta pertolongan anaknya namun lelaki itu terlalu ‘sibuk’ merakam kejadian tersebut juga menyatakan teman wanitanya terlalu kuat untuk dilarang.

“Awak bukan ahli keluarga saya dan saya tidak takut kepada awak,” jerit si ibu.

Di penghujung video, lelaki berkenaan menyatakan bahawa rakaman itu akan dimuat naik di laman sosial Instagram dan Facebook.

Video sepanjang dua minit itu mencapai tontonan lebih 15,000 dalam tempoh 2 minit selepas dimuat naik.hh

Lelaki itu dikecam oleh ramai pengguna laman sosial yang rata-ratanya mempersoal tindakannya yang tidak membantu ibu sendiri atau melarang teman wanitanya.



kekasih bergaduh ngan ibu,...si anak boleh lak berselfie.....
Posted by Kezoom on Friday, April 24, 2015

sumber
http://www.astroawani.com/berita-dunia/anak-berselfie-ketika-ibu-dan-teman-wanita-bergaduh-58558?cp


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.