Selasa, 14 April 2015

Selasa, April 14, 2015
Azman Abu Hassan Kemalangan, Patah Tulang Rusuk | Komposer Azman Abu Hassan, 53, patah tulang rusuk dan cedera di dagu selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran pusat beli belah 1Utama awal pagi tadi.

 Azman Abu Hassan Kemalangan, Patah Tulang Rusuk

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Azman dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melawati, Hulu Klang selepas keluar makan bersama dua rakannya.

Abangnya yang juga komposer terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan ketika ditemui berkata, dia dihubungi ibunya, Siti Hajar awal pagi tadi memaklumkan kejadian itu.

Adnan berkata, sebelum kejadian Azman terbabit dalam rakaman lagu di studio miliknya di Desa Melawati sebelum keluar makan malam bersama rakannya yang juga penyanyi Johana Johari dan suaminya di Damansara.

"Selepas menghantar mereka, dia pulang semula dan ketika berada di kawasan itu, sebuah lori di depannya berhenti secara mengejut.

"Dalam masa sama, kenderaan lain dari belakang tidak sempat berhenti dan melanggar keretanya sehingga bahagian belakang keretanya remuk teruk,” katanya.

Menurut Adnan, rempuhan itu menyebabkan Azman pengsan sebelum dia dibawa orang ramai ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Dia yang kini dirawat di PPUM sudah sedarkan diri namun tidak dapat mengingati sepenuhnya kejadian itu.

Turut melawat Azman di hospital berkenaan ialah rakan baiknya seperti komposer Johan Nawawi dan pemuzik Zul Mahat.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/43780#sthash.2INxmVFb.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.