Rabu, 8 April 2015

Rabu, April 08, 2015
Bekas Pembantu Juruterbang Dauphin Bingung Dengan Tragedi Helikopter Terhempas | Adelia Mahiyudin yang pernah menjadi pembantu juruterbang helikopter Dauphin 2 yang terhempas di Semenyih pada Sabtu lalu masih bingung memikirkan tragedi itu.

Bekas Juruterbang Dauphin Bingung Tragedi Helikopter Terhempas

Mengimbas kembali pengalaman semasa menerbangkan bekas menteri dan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Adelia menyifatkan helikopter tersebut sebagai sebuah pesawat udara yang konsisten baik dari segi kualiti atau prestasi.

Adelia, 27, yang kini bertugas sebagai juruterbang di Weststar berkata helikopter tersebut antara yang paling selesa untuk diterbangkan kerana saiznya lebih besar dan stabil.

"Dauphin adalah konsisten baik dari segi kualiti atau prestasi dan sekurang-kurangnya amat jarang untuk kita dengar kes ia terhempas di rantau ini.

"Ia juga adalah helikopter paling popular di kalangan VIP. Ia hanya helikopter yang menjadi pilihan Jamaluddin untuk urusan perniagaan.

"Tan Sri gemar duduk di belakang tempat duduk pembantu juruterbang kerana beliau mahu melihat apa yang sedang dilakukan juruterbang," katanya pada Selasa.

Adelia berkata beliau masih tertanya-tanya mengenai punca helikopter tersebut terhempas dan menjangkakan manuver mendadak antara punca nahas itu.

"Manuver mendadak boleh disebabkan oleh kerosakan teknikal secara tiba-tiba seperti kebocoran hidraulik.

"Namun, kes seperti ini jarang berlaku membabitkan Dauphin.

"Juruterbang juga melakukan pemeriksaan sebelum penerbangan bagi memastukan helikopter tersebut berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata kesilapan manusia adalah sukar diterima kerana ia diterbangkan oleh juruterbang berpengalaman dan cekap, Kapten Clifford William Fournier Jr.

"Dia adalah orang terakhir yang kita bayangkan akan menyebabkan kesilapan. Cliff adalah juruterbang senior dan dia sentiasa tahu apa yang dilakukannya dan juga mengetahui luar dalam helikopter tersebut.

Adelia berkata juruterbang dilihat berada dalam keadaan baik kerana dia memberi respons dalam chat kumpulan tersebut di laman media sosial sebelum menerbangkan helikopter tersebut.

Jelasnya, Cliff menulis;"Kami masih lagi di atas tanah, kami akan berlepas dalam masa terdekat."

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/08/pembantu-juruterbang-bingung/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.