Rabu, 29 April 2015

Rabu, April 29, 2015
Budak Jumpa Telur Ayam Lebih Kecil Dari Duit Syiling | Seorang kanak-kanak perempuan di Britain mendakwa salah seekor ayamnya telah menetaskan telur terkecil di dunia yang dipercayai lebih kecil daripada wang syiling 5 pence.

Budak Jumpa Telur Ayam Lebih Kecil Dari Duit Syiling

Shannon Hayes, 12, dari Capel Iwan, Carmarthenshire berkata, dia turut melakukan kajian sendiri menerusi Internet untuk memastikan telur dengan ukuran 1.8 sentimeter (sm) tinggi itu adalah paling kecil berbanding rekod sebelum ini.

"Saya sangat yakin ia adalah yang terkecil walaupun ia belum disahkan oleh rekod dunia secara rasmi," katanya lagi.

Budak Jumpa Telur Ayam Lebih Kecil Dari Duit Syiling

Menurutnya lagi, dia telah menyimpan telur tersebut di tempat yang lebih selamat.

Pada 2011, seorang penternak di Amerika Syarikat mendakwa ayam peliharaannya telah menetaskan telur terkecil di dunia berukuran 2.1 sm.

Budak Jumpa Telur Ayam Lebih Kecil Dari Duit Syiling

Bagaimanapun, rekod tersebut telah dipecahkan oleh ayam ternakan digelar Muffin di Somerset yang telah menetaskan telur 0.2 sm lebih kecil daripada yang direkodkan kira-kira tiga tahun sebelum itu. - The Mirror

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/telur-ayam-lebih-kecil-dari-syiling-1.384466


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.