Sabtu, 4 April 2015

Sabtu, April 04, 2015
Budak Maut Terjatuh Eskalator Di Kenanga Wholecity : Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dilaporkan maut setelah terjatuh dari eskalator disebuah gedung di Kenanga Wholecity semalam pada jam 3.00 petang.

Budak Maut Terjatuh Eskalator Di Kenanga Wholecity

Menerusi gambar dan juga video yang mulai tersebar di media sosial, kanak-kanak tersebut yang dilihat bersama ibu dan adiknya bermain di tepi salah sebuah eskalator di Kenanga City.

Turut terlihat kelibat si ibu yang agak sibuk memegang telefon bimbitnya sambil kedua beradik tersebut bermain di tepi eskalator.

Malang tak berbau, salah seorang kanak-kanak tersebut dilihat terpaut di bahagian tepi dan di tarik eskalator sehingga dia jatuh ke bawah.

Dikatakan kanak-kanak malang itu terjatuh dengan ketinggiansetinggi 6 tingkat.

Budak Maut Terjatuh Eskalator Di Kenanga Wholecity

Ramai menyalahkan kecuaian si ibu yang membiarkan anaknya bermain tanpa pengawasan.

Yup betul...namun bagi admin, itu hanyalah sebab...apa yang lebih penting ialah penerimaan kita terhadap qada dan qadar dariNYA.

Cukuplah kita menekan emosi si ibu yang melahirkan dan membesarkan anaknya itu selama ini. Berikanlah sokongan moral kepada beliau..

Kami pasti si ibu ini juga akan berasa tertekan sepanjang hidupnya dengan peristiwa hitam ini. Hanya dengan sedikit kelekaan dia kehilangan insan yang disayangi buat selama-lamanya.

Semoga keluarga ini tabah menerima dugaan dariNYA.

Laporan dari Mymetro:

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/41281?m=1#sthash.6SGseyI4.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.