Khamis, 16 April 2015

Khamis, April 16, 2015
"Bukan, Itu Kekasih Abang Saya" - Zizan Razak | Setelah mengaku bakal bernikah dengan gadis kampung, Zizan Razak terbaru telah memuat naik gambarnya dalam Instagram sedang menikmati minuman petang sempena hari lahirnya yang ke-31. di Terengganu, di kampung halamannya.

"Bukan, Itu Kekasih Abang Saya" - Zizan Razak

Kelihatan dalam gambar ialah pengurusnya, Ashraf Rahman dan ibu Zizan. Di sebelah Zizan turut kelihatan seorang wanita bertudung dan rentetan itu ada komen daripada pengikutnya yang mula menebak bahawa wanita itu ialah kekasih Zizan yang difahamkan bakal menjadi permaisuri hatinya.

Bagaimanapun ada juga yang pantas membuat penafian bahawa gadis berkenaan ialah buah hati abang kandung Zizan.

Ternyata saat ini sudah ramai yang menanti dengan penuh sabar siapa bakal calon isteri pilihan Zizan yang dimaksudnya pelawak berkenaan.

"Bukan, itu kekasih abang saya," ungkap Zizan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp. 

Zizan sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila memutuskan untuk berkahwin dengan gadis sekampung yang dikenali kira-kira dua bulan lalu. Keputusan itu agak tiba-tiba tetapi kalau sudah jodoh tak ke mana.

Cuma di sebalik pengakuan itu timbul pula kekecohan mengenai tarikh perkahwinannya yang dikatakan akan terjadi difahamkan mengikut perancangan pada Jun depan.

Zizan bagaimanapun merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan pilihannya itu pada tahun ini. Pilihan hati Zizan juga berasal dari Kuala Terengganu, berusia 24 tahun dan sudah bekerja.

"Kami bertemu kira-kira dua bulan lalu dalam sebuah acara yang saya hadiri di Kuala Terengganu. Mula-mula kami kawan biasa saja, tetapi lama-kelamaan, hati saya terpaut padanya.

Selepas beberapa hari bertemu, saya terus bawa si dia bertemu dengan ibu bapa. Saya tanya ibu, dia cakap okay. Saya tanya Abah, dia berkenan sangat. Jadi, saya rasa tiada apa yang harus saya tunggu lagi," kata Zizan kepada sisipan B*Pop sebelum ini.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, berkata kepada B*Pop lagi, beliau terpikat dengan sikap dan ketenangan yang dimiliki bakal isterinya itu.

"Si dia tidak perlu solekan tebal, dia sudah nampak cantik. Senyuman manisnya cukup membuat hati saya jatuh cinta padanya. Paling penting, si dia menghormati ibu bapa saya," katanya

sumber
http://www.bharian.com.my/node/47797?As3d


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.