Selasa, 21 April 2015

Selasa, April 21, 2015
Buru Samseng, Kongsi Gelap Hingga Ke Lubang Cacing - Zahid Hamidi | Kumpulan samseng di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang dikenal pasti menjadi lokasi panas kepada aktiviti gengsterisme akan dipe­rangi habis-habisan.

Buru Samseng, Kongsi Gelap Hingga Ke Lubang Cacing - Zahid Hamidi

Arahan serta-merta itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berikutan insiden ganas melibatkan kumpulan samseng di Bandar Bukit Mewah, Klang, Selangor.

Pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan polis memburu hingga ke lubang cacing kumpulan samseng bertanggungjawab membunuh dan mencederakan enam yang lain di Bandar Bukit Mewah itu.

Ibarat tiada lagi maaf kepada kumpulan yang dipercayai berpusat di Klang itu, beliau berkata, perbuatan samseng tersebut benar-benar mencabar kewibawaan polis dan mesti di­kenakan hukuman maksimum.

Polis Tahan 12 Suspek Bakar, Bunuh Pengawal Keselamatan

Serentak dengan itu, Ahmad Zahid memberi ingatan kepada pihak yang mendakwa diri mereka kononnya sebagai pejuang hak asasi, agar jangan cuba melindungi kumpulan samseng tersebut.

“Kementerian ini yang dipertanggungjawabkan menjaga ke­amanan dan keselamatan akan memerangi mereka hingga ke lu­bang cacing. Perbuatan me­reka benar-benar menca­bar ke­wibawaan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Ma­laysia di sini hari ini.


Selain itu, Ahmad Zahid turut mempersoal di mana pejuang hak asasi manusia yang selama ini gemar menjadi hero setiap kali polis bertindak ke atas penjenayah tetapi membisu seribu bahasa apabila rakyat menjadi korban.

“Bila rakyat menjadi mangsa akibat tindakan penjenayah di mana mereka? Mana hak asasi manusia kepada mangsa yang dibunuh ini? Mengapa pejuang hak asasi manusia tidak membela dan masih membisu hingga ke saat ini,” soalnya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/buru-samseng-hingga-lubang-cacing-8211-zahid-1.82846#sthash.rlVHVmfE.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.