Sabtu, 25 April 2015

Sabtu, April 25, 2015
Cerita sebenar nasi lemak yang viral di media sosial | Semalam, kecoh di sosial dengan kes nasi lemak dua orang pelajar di rampas oleh seorang guru wanita dan guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Cerita sebenar nasi lemak yang viral di media sosia

Isu ini mulanya dimuatnaik oleh Izham Ibrahim, AJK Kongres Melayu Pulau Pinang. Natijahnya, ia dikongsi oleh hampir semua media sosial hingga guru sekolah tersebut menerima kecaman hebat masyarakat.

Kini, tampil seseorang bernama Saiful Bahri menjelaskan cerita sebenar nasi lemak yang menjadi viral di media sosial itu yang berlaku itu.

Kes nasi lemak ini jadi pada cousin Fazliyaton Suhaimi. Budak itu memang kurang ajar. Cousin dia sedang mengajar Sains tahun 6. Budak ini buat tak hairan. Menjaja nasi lemak dia macam di pasar.

Dia dah lama jual nasi lemak. Tak ada guru marah pun, cuma jangan ganggu Pelajaran dan Pembelajaran (PnP) tu je.

Tetapi kali ini dia melawan. Bila cousin (guru) suruh duduk dan jangan jual lagi, dia menjawab,"apa cikgu boleh buat kat saya"?

Then cikgu tu suruh berdiri di luar kelas. Then cikgu tu terperasan yang dia lari dengan beg nasi lemak. Cikgu tu jadi panik dan minta guru disiplin cari.

Kkk
Cerita sebenar nasi lemak yang viral di media sosia

Jumpa budak tu, then dia mencabar apa boleh buat pada dia. Guru disiplin bawa berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar suruh pelajar itu tinggalkan beg di tepi. Dia mencekak pinggang hangin.

Guru Besar tu denda sebab sikapnya yang biadab. Bukan sebab dia berniaga nasi lemak. Sebelum balik, Guru Besar pulangkan nasi lemak dia yang masih elok," dedah Saiful.
Benar ataupun tidak, persoalannya hanya satu, apa tujuan ibu bapa hantar anak-anak mereka ke sekolah?

sumber
Saiful Bahari FB
#Hurmm....cikgu jugak yang salah....ke Ahmad Maslan lagi yang salah nih? Hehehe....


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.