Sabtu, 25 April 2015

Sabtu, April 25, 2015
Drama Polis Dirempuh & Tembak Penyamun Kejutkan Penduduk | Cubaan sekumpulan lima penyamun melarikan diri dengan melanggar kereta polis tidak berhasil apabila empat daripada mereka ditahan polis manakala seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri dalam satu kejadian di Taman Seri Sentosa Klang pagi semalam.

Drama Polis Dirempuh & Tembak Penyamun Kejutkan Penduduk

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, sepasukan polis telah mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna mewah (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki lima lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Datuk Hamid 12.

“Selepas membuat semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan itu, ia didapati dilaporkan hilang pada awal pagi tadi (semalam) di Selayang.

“Apabila polis cuba untuk menahan kenderaan itu di Jalan Datuk Abdul Hamid 12, pemandunya cuba melarikan diri dan melanggar kereta polis menyebabkan seorang daripada anggota kami cedera,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Berikutan itu, beliau berkata, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan dan dipercayai telah mencederakan dua daripada lima suspek yang berada dalam kenderaan berkenaan.

Menurut beliau, susulan daripada tembakan itu juga, kenderaan suspek mengalami kerosakan dan berhenti di Jalan Datuk Dagang 7 kira-kira 500 meter dari lokasi pertama.

“Selepas dikepung, empat suspek yang berumur lingkungan 21 hingga 26 tahun telah berjaya ditahan manakala seorang telah melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, gerakan mencari suspek yang melarikan diri sedang giat dijalankan

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.