Jumaat, 17 April 2015

Jumaat, April 17, 2015
4 Gambar: Dua Anggota Polis Trafik Pengiring Zahid Cedera Terbabit Nahas  |  Dua anggota polis trafik yang mengiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbabit dalam kemalangan jalan raya, sebentar tadi.

4 Gambar: Dua Anggota Polis Trafik Pengiring Zahid Cedera Terbabit Nahas

Anggota terbabit, Ramlan Arifin, 49 dan Zulkifli Mat Desa ,48, cedera apabila motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri ketika mengiringi konvoi Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, di Permatang Pauh, pada jam 9.45 pagi tadi.

4 Gambar: Dua Anggota Polis Trafik Pengiring Zahid Cedera Terbabit Nahas

Mereka terbabit kemalangan selepas motosikal ditunggangi dihimpit sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 134.4 susur keluar Permatang Pauh dari Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan.

4 Gambar: Dua Anggota Polis Trafik Pengiring Zahid Cedera Terbabit Nahas

Difahamkan, kenderaan awam itu berada di lorong kanan sebelum secara melulu mengubah haluan ke laluan kiri dan menghimpit motosikal ditunggang anggota trafik berkenaan.

4 Gambar: Dua Anggota Polis Trafik Pengiring Zahid Cedera Terbabit Nahas

Kedua-dua mangsa bergesel sesama sendiri sebelum terbabas dan mengalami kecederaan di badan, muka dan kaki. Anggota trafik terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) itu kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan

sumber
http://www.bharian.com.my/node/48112


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.