Rabu, 22 April 2015

Rabu, April 22, 2015
Dua Jam ‘Tersangkut’ Atas Pokok Kelapa | Seorang lelaki terpaksa menahan sakit hampir dua jam akibat kekejangan otot di atas pokok kelapa sebelum diselamatkan anggota bomba yang membawanya turun dalam kejadian di Kampung Changgon, di Bachok, petang semalam.

Dua Jam ‘Tersangkut’ Atas Pokok Kelapa

Dalam kejadian 1.36 petang itu, Shamsuddin Hussin, 52, terpaksa dibawa turun menggunakan tali selepas tidak dapat turun dari pokok yang dipanjatnya.

Ketua Operasi Zainuddin Senawi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kota Bharu menerima panggilan kecemasan daripada BBP Bachok untuk menurunkan mangsa.

"Seramai 10 anggota bersama dua jentera ke tempat kejadian.

"Kami mengambil masa hampir 30 minit untuk menurun mangsa dengan menggunakan tali sebelum dia diberi rawatan awal," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/45650#sthash.h7E5pNdq.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.