Selasa, 28 April 2015

Selasa, April 28, 2015
1
Fiza Halim Keguguran Ketika Hamil 7 Minggu - Adam AF | Fiza Halim mengalami keguguran anak pertama mereka pada penghujung Mac lalu selepas disahkan hamil tujuh minggu.

Fiza Halim Keguguran Ketika Hamil 7 Minggu - Adam AF

Kata Adam AF, biarpun sedih namun mereka reda dengan ketentuan Illahi selain menganggap masih belum rezeki memiliki cahaya mata untuk perkahwinan berkenaan.

"Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran.

"Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Adam berkata, kontroversi yang melanda rumah tangganya sebelum ini membuatkan mereka lebih rukun dalam melayari kehidupan sebagai suami-isteri.

Jelas Adam, dia tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi sebaliknya memberitahu kejadian tersebut mematangkan dan mengeratkan lagi kasih sayang di antara mereka.

"Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami sebelum ini ada hikmah disebaliknya selain ia menjadi pengajaran buat kami berdua.

"Alhamdulillah kami kini lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai suami-isteri dan berharap semua dapat mendoakan kebahagian kami," katanya.

Adam dan Fiza, bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Namun pada 28 April 2014 iaitu selepas tujuh bulan bergelar suami-isteri, kedua-dua mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Bagaimanapun, selepas menyedari kesilapan masing-masing, pasangan itu akhirnya sepakat untuk kembali rujuk pada 17 Julai 2014.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam.

Sementara itu, bercakap mengenai kariernya, Adam berkata, dia bakal melancarkan single terbaharu berjudul Berani Berjaya hasil ciptaannya sendiri.

Jelas Adam, lagu berkenaan menampilkan konsep pembakar semangat dan kerohanian namun masih mengekalkan muzik pop sesuai dengan cita rasa pendengar.

"Selain lagu berkenaan saya juga kembali bekerjasama dengan Edry Abdul Halim menerusi lagu Tahan Lama dan kedua-dua lagu ini memberi satu dimensi lain dalam karier sejajar dengan peningkatan usia saya.

"Insya-Allah ia akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti dan berharap ia dapat diterima baik oleh peminat," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/28/fiza-halim-keguguran/


1 comments:

  1. http://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html

    Jom Join

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.