Ahad, 19 April 2015

Ahad, April 19, 2015
GADIS CINA DEDAH BANYAK KEDAI HANDPHONE CINA MENIPU : Ekoran kejadian seorang lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang semalam, seorang gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko Cina seringkali menipu pelanggan demi mengaut keuntungan lebih.

GADIS CINA DEDAH BANYAK KEDAI HANDPHONE CINA MENIPU

Kenyataan gadis berbangsa cina ini pastinya sangat mengejutkan. Menurut Stephanie yang juga bekas pekerja kedai telefon berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.

"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.

"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.

Wajah peniaga penipu di Singapura di dedah

Kenyataannya itu serta merta menerima reaksi balas pengguna Facebook.

"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.

Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.

Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.

GADIS CINA DEDAH BANYAK KEDAI HANDPHONE CINA MENIPU

Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini.

Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' mereka sendiri.

Kejadian ini pastinya mengingatkan kita tentang penipuan yang pernah berlaku di Singapura, dimana seorang lelaki warga asing merayu dan melutut dipulangkan duitnya setelah menyedari ditipu oleh pekedai tersebut.

Bagi kami, jika pihak berkuasa Malaysia sendiri gagal menjalankan tugas mereka dengan baik, maka menjadi tugas anda untuk memastikan diri anda tidak ditipu.

Carilah pengedar sah yang mampu memberikan jaminan produk tersebut kepada anda. Kini segalanya hanya dihujung jari.....anda pilih.

sumber
http://www.thehypemedia.com/2015/04/gadis-cina-dedah-90-kedai-handphone.html?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.