Selasa, 14 April 2015

Selasa, April 14, 2015
Gambar Hantu Paul Walker Viral Di Media Sosial : Tindakan salah seorang peminat pelakon filem 'Fast and Furious', Paul Walker yang membuat penghormatan lain daripada yang lain, serentak dengan penghormatan penuh emosi oleh seorang lagi bintang filem pecah panggung itu, Vin Diesel di Anugerah Filem MTV mendapat perhatian dan viral dimedia sosial.

Gambar Hantu Paul Walker Viral Di Media Sosial

Portal Mirror melaporkan gambar itu menunjukkan Vin Diesel sedang bersandar pada sebuah kereta, dengan imej bayang Paul Walker berdiri di sebelahnya.

Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada November 2013, tetapi penghormatan terhadap bintang Hollywood kembali dibuat selepas filem terbaharu Furious 7 yang menampilkan lakonan terakhir beliau memegang watak Brian O'Conner, kini mula ditayangkan di seluruh dunia.

Imej 'hantu' Walker itu dimuat naik oleh seorang peminat Jeffrey Raymond Frohlich dan ia kini tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Gambar Hantu Paul Walker Viral Di Media Sosial

Bercakap pada Anugerah Filem MTV pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia), Vin Diesel berkata: "Kali terakhir saya berdiri di atas pentas ini adalah bersama Pablo (panggilan Walker oleh Diesel).

"Jadi, saya mahu menceritakan sedikit tentang anda dengan lagu yang indah ini."

Diesel menyanyikan lagu "See You Again" sebagai penghormatan kepada Walker di Anugerah Filem MTV. - Mirror

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/04/13/gambar-hantu-paul-walker/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.