Khamis, 9 April 2015

Khamis, April 09, 2015
Gambar Kanak-Kanak Terbelah Muka Bukan Di Malaysia : Gambar ngeri seorang kanak-kanak terbelah pipi akibat terkena libasan parang selepas ibu bapanya bergaduh yang didakwa berlaku di Sungai Petani adalah tidak benar.

Gambar Kanak-Kanak Terbelah Muka Bukan Di Malaysia

Kejadian yang ‘viral’ di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp hari ini berlaku di luar negara, namun tidak dapat dipastikan di mana.

Di Thailand dan Laos ada laman sosial dan laman web di negara berkenaan memuat naik gambar sama dan ulasan diberi juga sama, tetapi senjata digunakan dikatakan pisau, namun tiada tempat yang tepat dinyatakan.

Sementara itu, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menafikan kes terbabit berlaku di Sungai Petani kerana hasil pemeriksaan, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk hospital.

“Jadi tiada kes seumpama itu berlaku di Sungai Petani dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayainya kerana laporan tidak tepat,” katanya.

Katanya, tindakan individu yang menyebarkan gambar kanak-kanak berkenaan dan didakwa berlaku di Sungai Petani adalah perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/42454?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.