Sabtu, 25 April 2015

Sabtu, April 25, 2015
Gemuk Is Awesome Ungkapan Tipu Diri - Aizat Amdan | Aizat Amdan menganggap tagline yang diungkapkan oleh pelawak Abam (Bocey) iaitu "Gemuk Is Awesome" semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) pada 5 April lalu merupakan satu kenyataan bersifat menipu diri sendiri.

Gemuk Is Awesome Ungkapan Tipu Diri - Aizat Amdan

Kata Aizat, sebagai seorang yang pernah mempunyai obesiti sebelum ini, tagline tersebut tidak wajar diungkapkan kerana ia akan mendatangkan masalah besar kepada seseorang yang mempunyai masalah berat badan.

"Saya juga pernah mempunyai berat badan berlebihan suatu ketika dahulu dan ungkapan itu merupakan penipuan diri sendiri kerana setiap orang harus menggamalkan gaya hidup sihat.

"Ini merupakan mentaliti masyarakat Malaysia yang harus diubah kerana jika perkara ini tidak dibendung ia akan menjadi masalah yang besar pada masa hadapan.

"Jadi tidak hairanlah Malaysia kini menjadi antara negara yang mempunyai ramai orang mengalami masalah obesiti," katanya.

Bagaimanapun, Aizat berkata dia mengakui proses untuk menurunkan berat badan bukannya mudah kerana sesorang itu harus berkerja keras untuk mendapatkan berat badan ideal.

"Dulu saya pernah mempunyai berat badan 113 kilogram dan saya mengakui tidak senang untuk menurunkan berat badan menjadi ideal kerana senaman yang dilakukan bukanlah mudah seperti orang sangka.

"Sejujurnya, tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan ini jadi seseorang itu harus bekerja keras untuk mendapatkannya dan mereka perlu yakin dengan apa yang dilakukan," jelasnya lagi.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/24/aizat-obesiti/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.