Sabtu, 4 April 2015

Sabtu, April 04, 2015
Helikopter Terhempas Di Sungai Lalang, 3 Di Sahkan Terbunuh : Sebuah helikopter, yang membawa enam orang termasuk juruterbang, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, petang tadi.

Helikopter Terhempas Di Sungai Lalang, 3 Di Sahkan Terbunuh

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Bomba juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.

Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama. -- BERNAMA

sumber
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1123065


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.