Isnin, 20 April 2015

Isnin, April 20, 2015
Ibu Lebih Rela Lihat Anak Mati : Sepasang ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang kepalanya terkulai 180 darjah mengakui lebih rela anak mereka itu mati untuk menamatkan penderitaannya.

Ibu Lebih Rela Lihat Anak Mati

Mahendra Ahirwar, 12, menderita penyakit pelik yang menyebabkan leher membengkok dan kepala seolah-olah tergantung selain tulang belakangnya yang lemah menyebabkannya tidak mampu berdiri atau berjalan selain cara duduknya turut terbatas.

Dia mampu merangkak, tetapi memerlukan bantuan untuk makan dan pergi ke tandas.

Ibu bapanya, Mukesh Ahirwar, 40, dan Sumitra Ahirwar, 35, sudah membawanya berjumpa lebih 50 doktor di seluruh India, namun gagal mendiagnosis penyakitnya.

“Dia perlu diangkat seperti bayi, tetapi dia sudah berusia 12 tahun, bagaimana bila dia semakin tua? Jika doktor tidak mampu merawatnya, lebih baik Tuhan ambil dia,” kata Sumitra.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/44876#sthash.Fp9MvSxQ.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.