Jumaat, 3 April 2015

Jumaat, April 03, 2015
Izreen Azminda Kini Dalam Proses Bertudung :  Berita gembira buat peminat Izreen Azminda apabila dia menjelaskan dirinya kini sedang membiasakan diri dengan imej bertudung yang sudah lama di hajatinya.

Izreen Azminda Dalam Proses Bertudung

“Saya dalam proses membiasakan diri keluar rumah dengan menutup aurat. Ia umpama tempoh serta proses percubaan buat saya untuk menjadi manusia yang lebih baik,” katanya sambil memberitahu bahawa dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta.

“Insya-Allah selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta ini saya akan nekad dengan keputusan menutup aurat sepenuhnya. Ini kerana masih ada keperluan babak yang memerlukan saya membuka tudung. Insya-Allah doakan yang baik-baik saja ya”

Izreen Azminda Dalam Proses Bertudung

 “Jadi saya harap penjelasan ini tidak akan menimbulkan komen sebaliknya. Saya sentiasa berdoa semoga Tuhan menguatkan hati saya untuk fasa baru ini. Niat bertudung ini sudah lama cuma kesibukan kerja membataskan,” katanya seperti dipetik dariapda Berita Harian.

Selain itu Izreen juga akan mengakui bahawa dia akan berkahwin dengan Fahrin Ahmad – di dalam drama yang dibintanginya bersama Fahrin nanti.

Izreen Azminda Dalam Proses Bertudung
Izreen Azminda Dalam Proses Bertudung

Malah pelakon ini juga menafikan niatnya bertudung itu didorong dengan hasrat untuk berkahwin lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal bertahan.

sumber
http://www.rotikaya.com/izreen-azminda-mula-biasakan-diri-bertudung/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.