Ahad, 5 April 2015

Ahad, April 05, 2015
Juruterbang Lihat Helikopter Terhempas : Seorang juruterbang sebuah pesawat yang kebetulan sedang terbang di kawasan Kajang berkata beliau menyaksikan sendiri helikopter Eurocopter Dauphin (AS365N2) terjunam sebelum terhempas dalam kejadian di Semenyih, petang semalam.

Juruterbang Lihat Helikopter Terhempas

Juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Lee itu memberitahu stesen TV swasta Astro Awani bahawa dia sempat berkomunikasi dengan juruterbang helikopter itu mengenai kedudukan dan tujuan perjalanan masing-masing, tidak lama sebelum helikopter itu terhempas.

Nahas Helikopter yang dinaiki Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima lagi itu telah mengakibatkan semua mereka terkorban.

Lee berkata ketika kejadian, beliau sedang mengemudi kapal terbang dari Johor ke Subang dan melihat sendiri helikopter itu terjunam dan jatuh ke tanah.

"Lebih kurang jam 5 petang, saya terbang dari Johor ke Subang. Pada masa sama ada helikopter dari Kuantan ke Subang. Bila sampai dekat Kajang nampak helikopter tanda IGB. Saya terus terbang.

"Dalam tiga minit pandang balik, helikopter itu sudah menjunam, muncung ke bawah. Saya perhatikan helikopter itu jatuh ke tanah dan keluar asap hitam," katanya dalam temu bual menerusi telefon oleh stesen televisyen swasta, Astro Awani.

Mengikut Lee, ketika kejadian, cuaca cerah dan hujan panas serta tiada ribut.

"Pada pengalaman saya, ia jatuh bukan disebabkan cuaca. Saya nampak itu yang jadi, ..rasa ngeri. Lepas kejadian, saya maklumkan menara kawalan tentang helikopter IGB terhempas.

Lee berkata beliau terpaksa meneruskan perjalanan kerana membawa penumpang.

"Sebelum kejadian ada cakap dengan juruterbang helikopter itu (menerusi sistem telekomunikasi). Kami maklum kami akan sampai ke Kajang pada sekian waktu dan sekian ketinggian. Dalam empat, lima minit, berlaku kejadian itu," kata Lee.

Helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Nahas helikopter itu mengorbankan semua penumpang dan juruterbang termasuk Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.

Empat lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang. - BERNAMA

sumber
http://www.bharian.com.my/node/45545?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.