Ahad, 19 April 2015

Ahad, April 19, 2015
Kahwini Norman Bukan Kerana Cinta, Abby Mahu Peminat Lupakan Isu Tersebut| 9 April lalu, pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, baharu sahaja menerima kehadiran cahaya mata lelaki yang diberi nama, Mohamed Dikhriz Hakim.

Kahwini Norman Bukan Kerana Cinta, Abby Mahu Peminat Lupakan

Beberapa hari setelah dilahirkan, keluarga ini turut menerima kunjungan istimewa daripada bekas isteri Norman, Abby Abadi. Malah, Norman turut memuat naik foto isteri tercinta itu di samping bayinya bersama Abby di laman sosial, Instagram (IG) miliknya.

Melihat kepada kemesraan keluarga itu, ramai pengikut yang mencadangkan agar Norman dan Abby bersatu semula dan hidup sebagai suami isteri.

Pun begitu, Abby menerusi laman sosial miliknya, mendedahkan bahawa perkahwinannya dengan Norman pada satu ketika dahulu bukanlah atas sebab cinta.

Namun, Abby tidak menjelaskan secara terperinci dan akan berkongsi bukti berbentuk gambar jika Norman memberi keizinan. Tulisan Abby bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengikutnya baik negatif mahupun positif.

Melihat kepada komen dan kritikan daripada orang ramai, Abby memutuskan untuk tidak akan meneruskan niatnya untuk bercerita mengenai perkara itu lagi.

"Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini. Lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini.

"Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini. Tak ada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakanlah saja.

"Bagi saya, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama," katanya lagi.

Umum mengetahui, Norman dan Abby Abadi pernah berkahwin namun bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu, Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim, 7.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/abby-abadi-lupakanlah-tak-penting-pun-1.381105


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.