Rabu, 22 April 2015

Rabu, April 22, 2015
Kaka Azraff Terkilan Tuduhan Tasha Shilla | Kaka Azraff berasa amat terkilan dengan kenyataan aktres Tasha Shilla yang menuduh dia cuba mendampingi bekas kekasihnya iaitu Hans Wong.

Kaka Azraff Terkilan Tuduhan Tasha Shilla

Menurut Kaka, Tasha mengeluarkan kenyataan tersebut di media tanpa berbincang dengannya apatah lagi dia langsung tiada kaitan dengan keretakan hubungan mereka.

"Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di sebuah majlis, tetapi kami borak biasa sahaja.

"Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia.

"Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan," katanya.

Ahad lalu, Tasha menerusi sebuah akhbar mingguan mendedahkan Kaka cuba mengambil kesempatan untuk rapat dengan kekasihnya ketika mereka dilanda masalah.

Malah Kaka dikatakan sering berbalas  mesej dengan Hans dan mengajak pemuda itu untuk keluar bersama.

Kaka Azraff Terkilan Tuduhan Tasha Shilla

Terdahulu, terdapat khabar angin mengatakan Kaka menjadi punca hubungan percintaan Tasha dan kekasihnya Hans berantakan.

Sementara itu, Kaka menganggap gosip tersebut adalah fitnah yang sangat berat, namun menganggap ia sebagai publisiti percuma yang diraih dalam mempromosikan single lagu terbaharunya, Bukan Hal Aku.

"Walaupun ia satu fitnah yang tidak boleh diterima akal, saya positifkan diri bahawa ia satu publisiti untuk menaikkan nama saya.

"Tambahan pula sekarang ini saya sibuk mempromosikan lagu Bukan Hal Aku. Dan yang penting, apabila isu ini timbul, ia memberi pengajaran besar buat diri saya agar berhati-hati memilih kawan," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/21/kaka-kecewa-tasha/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.