Rabu, 8 April 2015

Rabu, April 08, 2015
Kata-Kata Akhir Jamaluddin Jarjis Kepada Sahabat | Beberapa hari sebelum kematiannya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis berkongsi posting 'kata-kata hikmat' mengenai soal kehidupan dengan rakan-rakan di dalam satu kumpulan WhatsApp.

Kata-Kata Akhir Jamaluddin Jarjis Kepada Sahabat
Ikhwan Hafiz (berbaju coklat) mengunsung jenazah bapanya....

"Jadi, hidup untuk hari ini dan katakan semua perkara yang anda mahu orang tersayang ingati.

"Sekarang saya memasuki fasa baharu dalam kehidupan, tidak bersedia untuk menanggung kesakitan dan hilang kekuatan dan keupayan untuk pergi dan melakukan apa yang saya impikan tetapi masih belum ditunaikan.

"Pengembaraan baharu akan bermula. Ya, saya menyesal. Terdapat beberapa perkara yang saya inginkan belum dilakukan; perkara yang saya patut sudah lakukan tetapi sesungguhnya, terdapat banyak perkara saya berjaya lakukan dengan senang hati. Ia sekali dalam seumur hidup," demikian antara posting kata-kata hikmat tersebut yang dikirim Jamaluddin.

Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata Jamaluddin mengirim mesej tersebut kira-kira seminggu lalu.

Ahli Parlimen Rompin itu gemar berkongsi mesej 'kata-kata hikmat' dengan rakan-rakannya menerusi WhatsApp.

"Beliau akan berkongsi pandangan mengenai isu semasa dan juga akan menghantar lawak jenaka kepada kami. Apabila mesej ini muncul, saya dapati ia sebagai mesej peringatan kepada kita bahawa usia semakin meningkat.

"Saya tidak menyedari bahawa ia akan menjadi mesej terakhir dari JJ (panggilan Jamaluddin di kalangan rakan-rakan) dan beliau akan meninggalkan kami," katanya.

Johari yang mengenali Jamaluddin sejak sekian lama, berbual dengannya di telefon pada Jumaat lalu kira-kira pukul 9.30 malam.

"Beliau dalam nada bergurau memberitahu bahawa Perdana Menteri bertanya mengapa saya tidak berada di Pekan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya. Jamaluddin kemudiannya memberikan telefon bimbit Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya memohon maaf kepada PM kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana ada urusan lain perlu diselesaikan," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/06/mesej-terakhir-jj/1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.