Jumaat, 17 April 2015

Jumaat, April 17, 2015
KPN Rakam Penghargaan, Zahid Hamidi Bantu Anggota Cedera| Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar merakamkan ucapan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membantu anggota polis trafik selepas terbabit dalam kemalangan di Permatang Pauh, pagi tadi.

KPN Rakam Penghargaan, Zahid Hamidi Bantu Anggota Cedera

Khalid yang menyampaikan penghargaan melalui Twitter miliknya itu turut berkongsi gambar kejadian ketika Ahmad Zahid sedang membantu anggota polis berkenaan.

"PDRM ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahmad Zahid Hamidi diatas keprihatinan beliau terhadap anggota trafik yang malang tadi,”ujarnya.

KPN Rakam Penghargaan, Zahid Hamidi Bantu Anggota Cedera

Dalam insiden kira-kira 9.45 pagi itu, dua anggota polis trafik yang sedang mengiringi kenderaan menteri berkenaan cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 134.4 Lebuhraya Utara Selatan.

4 Gambar: Dua Anggota Polis Trafik Pengiring Zahid Cedera Terbabit Nahas

Kedua anggota yang berpangkat koperal itu difahamkan bertembung sesama sendiri selepas cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba melintasi di hadapan konvoi.

KPN Rakam Penghargaan, Zahid Hamidi Bantu Anggota Cedera

Kedua anggota terbabit yang mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/44535#sthash.A0tIAAe1.dpuf
https://twitter.com/KBAB51


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.