Isnin, 20 April 2015

Isnin, April 20, 2015
Lelaki China Beli BMW 7 Series Guna 100kg Wang Kecil | Kekayaan tidak memudahkan semua perkara, salah satunya apabila seorang lelaki kaya dari China membayar harga sebuah kereta BMW 7 Series yang diidamkannya menggunakan duit syiling dan wang kertas not kecil.

Lelaki China Beli BMW 7 Series Guna 100kg Wang Kecil

Perkara itu menjadi buah mulut rakyat negara tersebut apabila ia rancak diperkatakan dalam aplikasi WeChat Xiaodongshuoche iaitu kumpulan pengguna yang mengikuti perkembangan pasaran automotif tempatan.

DANLI TAN, KISAH MENYAYAT HATI DI CHINA

Blog Shanghaiist.com mendedahkan, pembeli tersebut membawa beberapa buah kotak yang sarat berisi wang kertas dan syiling untuk membuat pembayaran.

Lelaki China Beli BMW 7 Series Guna 100kg Wang Kecil

Kesemua wang tersebut mencapai berat hampir 100 kilogram.

Syarikat pengedar kereta itu terpaksa mengerahkan lebih 20 petugasnya untuk mengira wang berkenaan dalam tempoh lebih enam jam.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-dunia/lelaki-china-bayar-harga-bmw-7-series-dengan-100kg-wang-kecil-58274?cp


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.