Jumaat, 17 April 2015

Jumaat, April 17, 2015
Lelaki Koma Di Hentak Botol Arak Maut | Seorang lelaki yang koma selepas dihentak botol arak dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Taman Sinar Harapan Baru di sini, lima hari lalu, meninggal dunia pada 6.30 pagi ini.

Lelaki Koma Di Hentak Botol Arak Maut

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa Chin Teck Lan, 42, disahkan meninggal dunia di wad Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini.

Menurutnya, pihaknya kini menukar siasatan daripada Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Katanya, pihaknya sudah mengenal pasti suspek namun usaha mengesan suspek terbabit masih giat dijalankan.

Harian Metro hari ini melaporkan seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas dikatakan dipukul dengan botol arak dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Taman Harapan Baru, di sini, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu, ketika mangsa, Chin Teck Lan, 42, bersama isteri dan beberapa rakan makan di restoran berkenaan sebelum didatangi dua lelaki dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakannya yang mempelawa seorang wanita iaitu rakan lama untuk duduk semeja.

Menceritakan kejadian, isteri mangsa, Sai Shu Fong, 42, berkata, sebelum kejadian itu, mereka duduk di sebuah meja, namun secara kebetulan terserempak dengan seorang wanita yang dikenali suami dan rakannya.

“Jadi suami saya panggil wanita itu untuk duduk dan makan bersama kami dan ketika itu tiada apa yang berlaku.

“Beberapa minit kemudian seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita berkenaan tiba bersama dua rakannya duduk di meja berhampiran,” katanya.

Lelaki Koma Di Hentak Botol Arak Maut

Menurutnya, dia mula berasa tidak sedap hati apabila lelaki tersebut memerhati suaminya seperti tidak berpuas hati. Kata Shu Fong, lelaki itu kemudian memanggil isterinya dan telah berlaku pertengkaran sebelum mereka semua beredar.

“Beberapa minit kemudian dua lelaki menghampiri mereka dan mengarahkan suami saya keluar untuk berbincang tapi dia tidak mahu menyebabkan suami saya diugut.

“Suami saya terpaksa ikut arahan sebab takut diapa-apakan. Tapi malangnya dia dipukul dengan botol arak kosong hingga pecah dari arah belakang oleh seorang lelaki terbabit sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kereta,” katanya di sini, semalam.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/44254#sthash.hXmgTR0M.dpuf
http://v-viralvideo.blogspot.com/2015/04/kerana-cemburu-lelaki-koma-di-pukul.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.