Rabu, 15 April 2015

Rabu, April 15, 2015
Luahan Tunang Gadis Yang Maut Di Tikam Berhampiran Parkir Pasaraya : "Nursyafikah, wanita pertama hadir dalam hidup saya. Tetapi impian kami untuk hidup telah dimusnahkan oleh pembunuhnya,"

Luahan Tunang Gadis Yang Maut Di Tikam Berhampiran Parkir Pasaraya

“Walaupun kami baru bertunang kira-kira sebulan lalu, saya mengenali Nursyafikah sejak enam tahun lalu menyebabkan kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dia wanita pertama hadir dalam hidup saya.

“Lebih menyedihkan mengenangkan beberapa hari sebelum kejadian, dia meminta saya jangan sesekali meninggalkannya serta kerap meminta dimaafkan jika ada yang menyakitkan hati saya sepanjang perkenalan kami,”  kata Mohd Fahmi Muskin, 21, bekas tunang Nursyafikah, 20, yang maut ditikam bekas tunangnya kerana cemburu.

Mohd Fahmi yang jelas terkilan dengan kejadian tersebut berharap pembunuh itu dapat ditangkap secepat mungkin dan dihukum.

Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parkir Pasaraya

Menurut Fahmi, walaupun Syafikah sudah tiada dia tetapi akan tetap behubung dengan keluarga tunangnya itu bagi memberikan sokongan kerana faham dengan keadaan keluarga mangsa yang masih berada dalam keadaan sedih.

Pihak polis sehingga kini masih belum berjaya mengesan suspek semenjak hari kejadian dan usaha memburu suspek akan diteruskan sehingga suspek berjaya ditangkap.

Polis meminta orang ramai yang mengetahui maklumat tentang suspek terus menghubungi balai polis berdekatan.

sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2015/04/luahan-hati-tunang-gadis-yang-ditikam.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.