Selasa, 14 April 2015

Selasa, April 14, 2015
M Nasir & Marlia Cemas, Kotak Suis Rumah Terbakar | Suami isteri yang juga selebriti, Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa bukan saja berdepan detik mencemaskan, malah masing-masing terpaksa membatalkan kehadiran di dua acara hiburan hari ini selepas kotak suis di luar rumah mereka terbakar.

M Nasir & Marlia Cemas, Kotak Suis Rumah Terbakar

Menurut Marlia, kejadian pada 1.30 petang di rumah mereka di Jalan Tembusu, Sungai Pelong, Sungai Buloh, dipercayai berpunca daripada litar pintas dan ia berjaya dikawal dengan bantuan anggota bomba dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kebakaran hanya berlaku pada kotak suis di luar rumah saja. Mujur tak merebak ke dalam rumah.

“Alhamdulillah, keadaan terkawal, “ katanya.

Marlia berkata, sebelum kejadian dia berada di dalam rumah, manakala suaminya pula berada di laman rumah.

"Suami ternampak kepulan asap dari kotak suis di luar rumah.

"Mujur hanya asap dan tiada percikan atau letupan. Api yang marak pada kotak suis itu dapat dipadam selepas anggota bomba datang dan kakitangan TNB turut membantu.

"Kami sudah minta juruteknik untuk periksa betul-betul kerana bimbang ia menjejaskan wayar lain pula," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.10 petang.

"Satu jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh ke tempat kejadian.

"Kita dapati kotak suis milik rumah di luar rumah terbakar," katanya. Katanya, api dipadamkan sepenuhnya oleh anggota bomba dengan bantuan kakitangan TNB.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/43774#sthash.irbL6Lpm.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.