Selasa, 21 April 2015

Selasa, April 21, 2015
Mamat Ni Di Bayar RM17.85 Juta Cuma Untuk Pegang Satu Handphone | Wowww...Daniel Craig menerima bayaran £3.3 juta (RM17.85 juta) dengan hanya memegang sebuah telefon bimbit.

Mamat Ni Di Bayar RM17.85 Juta Cuma Untuk Pegang Satu Handphone

Portal Mirror melaporkan kandungan emel yang dikirimkan Sony Pictures mendedahkan Craig yang juga bintang filem James Bond,  mendapat bayaran itu daripada syarikat Sony kerana menggunakan telefon bimbit mereka bagi model Xperia dalam filem Skyfall.

Dalam filem SkyFall, Bond menulis pesanan teks menggunakan telefon Xperia yang tertera "EWA FLIGHT 226 9pm" yang merujuk kepada penerbangan yang dinaiki musuhnya.

Dengan kejayaan penampilan produk dalam filem berkenaan, Sony mahukan perjanjian yang sama untuk filem Spectre yang bakal ditayang pada tahun ini.

Mamat Ni Di Bayar RM17.85 Juta Cuma Untuk Pegang Satu Handphone

Bagaimanapun, pesaingnya Samsung menawarkan lebih banyak untuk menyediakan telefon sebagai kemunculan dalam filem 007 itu.

Ia menyebabkan penerbit filem Bond, Barbara Broccoli meminta bayaran tambahan daripada Sony bagi menampilkan produk keluaran syarikat itu di dalam filem, seperti yang diperkatakan pihak pemasaran syarikat produksi itu, George Leon kepada pengerusi bersama Sony Pictures, Amy Pascal menerusi satu kiriman emel.

Jurucakap Sony enggan mengulas mengenainya manakala wakil Craig pula tidak dapat dihubungi berhubung perkara yang sama. - MIRROR

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/04/21/daniel-craig-pegang-telefon/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.