Ahad, 12 April 2015

Ahad, April 12, 2015
Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parkir Pasaraya  | Seorang gadis, Nursyafika Binti Ismail, maut setelah ditikam bekas tunangnya menggunakan sebilah pisau di parkir sebuah pasaraya Econsave di di Kluang sekitar jam 6 petang semalam.

Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parkir Pasaraya

Gadis tersebut diparcayai telah ditikam oleh bekas tunang beliau selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Berdasarkan cerita saksi Arwah Syafika telah dihantar oleh abangnya bersama bekas tunang ke tempat kerja di Ekonsave Kluang dan kemudiannya abang mangsa telah menghantar bekas tunangnya ke perhentian bas.

Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parkir Pasaraya

"Suspek bagaimanpun telah berpatah balik dengan berjalan kaki menuju ke tempat kerja bekas tunangnya/mangsa."

"Suspek dan mangsa dilaporkan telah bergaduh ditempat kejadian sambil disaksikan kawan-kawan sekerja dimana mangsa telah jatuh selepas dipukul. Mangsa cuba bangun dengan memegang kaki kawannya, ketika itulah suspek menikam mangsa di rusuk kiri belakang," cerita sumber tersebut.

Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parkir Pasaraya

Gadis yang berasal dari Felda Ulu Dengar dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan menuju ke hospital.

Motif dikatakan adalah kerana cemburu kerana mangsa sudah bertunang dengan orang lain.

sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2015/04/gadis-maut-ditikam-bekas-teman-lelaki.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.