Isnin, 20 April 2015

Isnin, April 20, 2015
Mayat Lelaki Berkain Kafan Di Temui Tepi Jalan : Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui orang ramai di Jalan Jingga U9/39, Seksyen U9, di Shah Alam, pagi tadi.

Mayat Lelaki Di Temui Berkain Kafan Tepi Jalan

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mayat berkenaan ditemui di bahu jalan berhampiran tasik dekat Cahaya Taman Cahaya SPK, dalam keadaan berbungkus seperti jenazah yang telah dikapankan.

Menurut sumber polis, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai pada 7.18 pagi, berkenaan penemuan mayat itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Kami mendapati mayat lelaki itu dibalut dengan cadar. Mangsa lengkap berpakaian dan dipercayai dibuang di kawasan itu,"katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/45126?m=1#sthash.hgHaXDy5.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.