Khamis, 9 April 2015

Khamis, April 09, 2015
Mayat Sah Aidana, Jadi Usahawan Di Malaysia : Aidana Baizieva adalah seorang usahawan wanita yang menetap di Malaysia selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang diploma pelancongan di Kolej SEGi Oktober tahun lalu,” kata Duta Republik Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov.

Mayat Sah Adiana, Jadi Usahawan di Malaysia

Menurutnya, misteri berhubung identiti wanita berusia 25 tahun itu terungkai selepas sampel rambut mangsa dan DNA diambil daripada kakak tiri mangsa, Bayzievoy Louise didapati sepadan.

“Kakak tiri mangsa yang tinggal di Melaka membantu bagi proses membuktikan mangsa keenam dalam nahas helikopter di Semenyih Sabtu lalu adalah Aidana,” katanya.

Kylychbek berkata, polis yang menyiasat nahas itu sudah menghubungi pihaknya semalam dan mengesahkan identiti Aidana sudah dikenal pasti.

“Sahih, ia adalah Aidana dan wanita itu menetap di sebuah kondominium di Pantai Dalam,” katanya ketika dihubungi pihak media.

Dalam pada itu, difahamkan pihak kedutaan kini sedang menyediakan dokumen diperlukan untuk menuntut mayat mangsa sebelum dihantar pulang ke Kyrgyzstan.

“Proses berkenaan dijangka dapat diselesaikan minggu ini dan bapa mangsa sudah menunggu di Kyrgyzstan untuk dikebumikan di sana,” katanya.

Kylychbek turut meminta orang ramai supaya berhenti membuat spekulasi berhubung identiti dan hubungan mangsa dengan mangsa nahas lain.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/42309#sthash.Yt9nM6gD.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.