Khamis, 16 April 2015

Khamis, April 16, 2015
Mayat Sepasang Kekasih Dalam Peti Bukan Di Malaysia | Akhirnya Polis Selangor menafikan penyebaran berita tentang penemuan mayat sepasang kekasih dalam dua peti di Banting sejak semalam.

Mayat Sepasang Kekasih Dalam Peti Bukan Di Malaysia

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah berkata, pasukannya sudah melakukan siasatan dan ia tidak berlaku di negeri itu seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi telekomunikasi lain.

"Berita penemuan mayat sepasang kekasih yang dibunuh dan diletakkan di dalam dua peti besi dilaporkan berlaku di Banting tidak benar. Kami sudah menyiasat perkara itu.

"Penyebaran berita yang tidak benar dan palsu seperti ini sudah menjadi barah dalam kalangan masyarakat kita dan saya berharap orang ramai menghentikannya," katanya ditemui di sini.

Orang ramai semalam gempar apabila tersebar beberapa gambar yang menunjukkan mayat lelaki dan wanita dalam keadaan ngeri kononnya wanita berkenaan curang terhadap suaminya dengan lelaki terbabit.

Difahamkan kejadian itu sebenarnya berlaku di India 6 April lalu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/44013#sthash.YGh8sQCx.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.