Rabu, 15 April 2015

Rabu, April 15, 2015
Murid Di Dakwa Di Jangkiti H1N1 Meninggal | Seorang murid lelaki tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Teck yang didakwa dijangkiti virus Influenza A H1N1 disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital swasta, di sini, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Murid Di Dakwa Di Jangkiti H1N1 Meninggal

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Ghazali Othman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Katanya, buat masa ini pihaknya belum mengenal pasti punca sebenar kematian murid berkenaan dan masih dalam siasatan.

Kelmarin, satu notis dimuat naik di ruangan Facebook sekolah itu mengatakan seorang muridnya dimasukkan ke hospital kerana dikangkiti virus berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga semalam jabatan kesihatan belum mengesahkan murid berkenaan dijangkiti virus itu.

Terdahulu Jabatan Kesihatan Melaka menafikan seorang murid lelaki darjah lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Pay Teck dijangkiti virus H1N1.

Menurut Pengarahnya Datuk Ghazali Othman, pihaknya belum menerima kes yang boleh disahkan sebagai virus berkenaan.

"Saya tidak menerima kes yang disahkan H1NI. Itu hanya dakwaan ibu bapa di sekolah berkenaan saja dan tidak sah lagi.

"Jabatan Kesihatan sudah pergi ke sekolah berkenaan untuk melakukan pemantauan dan melakukan pemeriksaan terhadap murid," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/43929


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.