Khamis, 9 April 2015

Khamis, April 09, 2015
Najib Tak Kenal Altantuya |  ‎"Saya tidak kenal Altantuya dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes itu," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab soalan pengacara dalam program wawancara khas yang disiarkan TV3, malam tadi.

Najib Tak Kenal Altantuya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persoalan mengenai perkara itu seperti yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini.

‎Tambah Najib, isu dirinya yang dikaitkan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi ini merupakan 'cerita lama' yang timbul pada 2008.

"Saya sudah lafaz sumpah yang saya tidak mengenali Altantuya dan tidak terlibat secara langsung sama sekali dengan Altantuya.

"Pak lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) iaitu Perdana Menteri yang terdahulu juga sudah mengesahkan perkara ini termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) pada masa itu juga sudah buat kenyataan saya tidak terlibat," katanya lagi.

Menurut Najib lagi, mahkamah juga tidak ada bukti atau saksi untuk mengaitkan beliau terlibat dalam kes itu.

"... takkan kita nak pertikai integriti mahkamah," katanya lagi.

Ketika disoal pengacara, sama ada Najib pernah disoal Dr Mahathir mengenai kes Altantuya, Najib berkata, beliau pernah membincangkan perkara itu sekali.

"Beliau tak persoal penglibatan perkara ini secara langsung kepada saya. Isu ini tak berbangkit sama sekali.

"Saya sendiri, sebagai Perdana Menteri pergi ke rumah beliau untuk berbincang," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjawab semua persoalan serta kritikan yang dilemparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinannya malam ini.

Beliau yang ditemubual secara eksklusif oleh TV3 menerusi segmen Soal Jawab, mengupas semua persoalan berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/saya-tidak-kenal-altantuya-1.378122
http://www.utusan.com.my/berita/politik/najib-jawab-semua-kritikan-dr-mahathir-1.79282#sthash.WCGbZzmG.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.