Jumaat, 10 April 2015

Jumaat, April 10, 2015
Norman Hakim Sambut Bayi Lelaki Kedua| Tahniah kami ucapkan kepada Norman Hakim dan juga isteri, Memey Suhaiza yang sudah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata lelaki kedua mereka seberat 3.45 kilogram, semalam (8 April) pada pukul 9.57 malam.

Norman Hakim Sambut Bayi Lelaki Kedua

Berita gembira tersebut dikongsikan bersama oleh Norman Hakim melalui akaun Instagram miliknya dan mendapat reaksi positif daripada peminat dengan kelahiran cahaya mata kedua pasangan ini. Norman dan Memey juga dikurniakan anak lelaki sebelum ini yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.

Tulisnya,

Serupa tapi tak sama..dua situasi yang berbeza.Gambar kanan; Momen sebelum kelahiran dalam #labourroom.Ajak selfie tapi baru perasan kantoi muka cuak.Gambar kiri; Momen selepas kelahiran,keluar dari #labourroom ,nampak muka relief kat situ.TAPI wifey @memeysuhaiza ,sebelum ke..selepas ke..muka maintain tetap sama.Maha Kuasa Allah dicipta 'suatu kekuatan' yang sangat hebat buat kaum HAWA dalam situasi yang kaum ADAM tak pernah dapat rasa dan bayangkan! Seminggu sebelum tarikh 8/4/15,sayalah manusia yang paling tak keruan! Tidur malam tak lena asyik tersentak, mengadap muka dan perut isteri sepanjang malam risau bila la nak bersalin ni..sekarang ke?pagi nanti ke?TAPI wifey tetap relax.Bila dia terjaga dia tanya saya "kenapa payang"?Skrip jawapan saya tetap sama "dah sampai masa ke love?"Allahuakbar Allah sahaja yang tahu rasanya,sehinggalah ke malam tadi barulah saya dapat tidur dengan lena..sangat nyenyak dan selena-lenanya.Tq Allah atas ujian rasa dan nikmat ini.Buat wifey @memeysuhaiza ...abg antara saksi 'perjuangan' sayang yang sangat hebat dan getir malam tadi.Dalam hati abg, hanya ni skrip yang abang termampu masa sayang tengah berjuang tu... "Ya Allah,ampunkanlah segala dosa2 isteriku ini kepadaMu dan kepada ku Ya Allah.Bagilah aku kongsi sikit rasa sakit ini Ya Allah.Aku takut sangat ni Ya Allah kalau aku hilang dia.Tolong aku Ya Allah"...dan alhamdulillah Allah dengar dan segalanya selamat...Aamiin YRA.Terima kasih Allah,terima kasih para malaikat,terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.Terima kasih...

Norman Hakim Sambut Bayi Lelaki Kedua

Sebelum ini, Memey pernah memberitahu bahawa dia sudah pun menyediakan nama untuk anak kedua mereka ketika kandungan masih berusia 4 bulan lagi. Seronoklah Norman selepas ini kerana nanti ada dua orang jejaka boleh teman pergi gym selalu.

sumber
http://www.rotikaya.com/norman-hakim-memey-selamat-timang-anak-lelaki-kedua/
https://instagram.com/p/1O480-tLxV/?taken-by=normanhakim_786


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.