Sabtu, 18 April 2015

Sabtu, April 18, 2015
Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia : Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar,38, meninggal dunia di rumahnya di Kepong 10.15 pagi tadi akibat sakit belakang.

Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia

Menurut kakak tirinya, Norzaleha Saleh, arwah yang membawa watak Wan Kaswi dalam filem itu mengadu sakit sejak tiga minggu lalu.

"Sebelum ini arwah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit teruk. Dia ada mengadu sakit belakang dan pergi berurut.

"Malangnya, arwah enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah dinasihati oleh keluarga. Dia juga berpesan supaya merahsiakan masalah kesihatannya," katanya.

Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia

Jenazah Azwan dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam di Kepong selepas solat Asar.

Selain berlakon, arwah juga penulis skrip dan pegawai perhubungan awam serta cukup terkenal dalam kalangan media dan artis.
sumber
http://www.hmetro.com.my/node/44703?m=1#sthash.3IlJX5Mf.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.