Jumaat, 17 April 2015

Jumaat, April 17, 2015
Pencarian MH370 Kini Di Perluas | Kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi akan diperluaskan kepada 120,000 kilometer (km) persegi jika tiada sebarang perkembangan positif misi pencarian menjelang Mei depan.

Pencarian MH370 Kini Di Perluas

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, setakat ini 61 peratus daripada 60,000 km persegi sudah diperiksa dan fasa pertama dijangka selesai awal bulan depan.

"Malaysia, Australia dan China komited untuk meneruskan pencarian biarpun berdepan pelbagai cabaran seperti cuaca buruk," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tiga negara dengan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss dan Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang di ibu negara hari ini.

Pencarian MH370 Kini Di Perluas

Warren Truss pula menegaskan adalah penting untuk mereka meneruskan operasi pencarian dan mencari jawapan untuk menghormati keluarga mangsa yang terbabit.

"Kami percaya lokasi pencarian ketika ini adalah yang paling tepat berdasarkan data satelit dan kami berharap pesawat berkenaan akan ditemui," katanya.

Kos pencarian sebanyak A$120m (£61m; US$93m) akan dikongsi bersama ke dua negara Australia dan Malaysia.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/44264#sthash.diXTkVnH.dpuf
http://www.bbc.com/news/world-asia-32331650


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.