Rabu, 1 April 2015

Rabu, April 01, 2015
Persidangan Dun Perak Kecoh, Hampir Cetuskan Pergaduhan : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kecoh apabila pertikaman lidah pada sesi perbahasan hampir mencetuskan pergaduhan.

Persidangan Dun Perak Kecoh, Hampir Cetuskan Pergaduhan

Ia bermula apabila Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) mempersoalkan tindakan pihak kerajaan mengkritik tindakan pembangkang berpakaian hitam ketika istiadat pembukaan sidang DUN Perak semalam.

Persoalan itu dilemparkan ketika mencelah sewaktu Datuk Khusairi Talib (BN-Slim) membahaskan usul menjunjung kasih terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Khusairi dalam ucapannya menyatakan tindakan berpakaian hitam ketika istiadat perasmian adalah perbuatan kurang ajar kerana jelas dalam surat jemputan meminta ahli dewan memakai pakaian rasmi nombor satu, tambahan pula ia adalah acara rasmi pertama di DUN Perak selepas Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak.

sumber
Berita Harianonline




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.