Isnin, 20 April 2015

Isnin, April 20, 2015
Polis Tahan 12 Suspek Bakar, Bunuh Pengawal Keselamatan | Polis menahan 12 suspek berhubung kejadian pondok pengawal di sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang diserang dan dibakar sekumpulan lelaki pada awal pagi Sabtu lepas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah, kesemua suspek berumur antara 23 tahun hingga 40 tahun itu ditahan sekitar Klang dan Kampar, Perak dalam beberapa operasi bermula Sabtu lepas sehingga pukul tiga pagi tadi.

Polis Tahan 12 Suspek Bakar, Bunuh Pengawal Keselamatan

“Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, seorang pengawal keselamatan terbunuh manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok keselamatan di sebuah kawasan perumahan diserang oleh sekumpulan individu.

Lebih menyayat hati mangsa yang terbunuh, Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26, baru dua bulan mendirikan rumah tangga manakala enam rakannya cedera ditetak dengan senjata tajam.

8 Suspek Kes Tetak, Bunuh & Bakar Pondok Pengawal Di Tahan

Mohd Adnan berkata, pihaknya percaya motif serangan berpunca daripada perebutan kawasan untuk kawalan keselamatan dan tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan kumpulan kongsi gelap dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, tumpuan utama siasatan pada masa ini adalah untuk mencari pihak bertanggungjawab membakar dan menyerang pondok berkenaan. Mohd Adnan berkata, kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/12-suspek-ditahan-kes-serang-bakar-pondok-kawalan-1.82960#sthash.u59Y5jGj.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.