Selasa, 7 April 2015

Selasa, April 07, 2015
Razakan Peluk Jamaluddin Jarjis Hingga Akhir Hayat | "Ngagad kam meh, muleh pan aku." Itulah mesej WhatsApp yang terakhir dari Koperal Razakan Seran, 31, sebelum pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis itu terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih.

Razakan Peluk Jamaluddin Jarjis Hingga Akhir Hayat

Pesanan bermaksud 'tunggu kamu sana, saya balik juga ni nanti' dihantar oleh Allahyarham kepada ahli keluarga serta rakan sekampungnya menerusi kumpulan WhatsApp 'Warga Saradan'.

Ia merujuk mengenai kepulangannya ke kampung halamannya iaitu Kampung Saradan dekat Tenghilan, pada Aidilfitri nanti jika dapat bercuti.

Malah, arwah juga menghantar gambarnya memakai kemeja biru dipercayai dalam helikopter dan menyatakan dia sedang menunggu Allahyarham Jamaluddin.


Jasad kedua-dua ditemui dalam keadaan menyentuh hati yang mana jasad Koperal Razakan erat memeluk majikan Tan Seri JJ, sehingga akhir hayat nya Koperal Razakan bertugas untuk Majikan nya. Al-fatihah.

sumber
http://mestimauu.blogspot.com/2015/04/sayu-koperal-razakan-berkhidmat-hingga.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.