Ahad, 19 April 2015

Ahad, April 19, 2015
Remaja Maut, Motorsikal Bertembung : Seorang remaja maut manakala rakannya parah apabila dua motosikal ditunggangi mereka bertembung di hadapan Kem Etnobotani, Jalan Persiaranraya, awal pagi semalam.
Remaja Maut, Motorsikal Bertembung

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai Aswadi Abdul Manaf, 19, berasal dari Setinggan KTM.
“Rakan mangsa, Aiman Toriq Noohisham, 16, merupakan pelajar sebuah sekolah pondok di Terengganu, cedera parah dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan.
“Kejadian berlaku pada kira-kira jam 1.07 pagi ketika kedua-duanya menunggang motosikal dalam keadaan laju dari arah Kampung Tanah Puteh ke bandar Gua Musang,” katanya.
Menurutnya, sampai di tempat kejadian, mangsa dan rakannya bertembung sesama sendiri di laluan sama apabila salah seorang gagal mengawal motosikal ditunggangi.
Katanya, mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga.
sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/remaja-maut-bertembung-rakan-1.380785


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.