Rabu, 22 April 2015

Rabu, April 22, 2015
Roket & Pejuang Bertopeng Di Sungai Thames Gemparkan Penduduk British | Orang ramai di pinggir sungai Thames digemparkan dengan kehadiran sebuah bot bersama patung bertopeng dan roket palsu, beberapa hari lalu.

Roket & Pejuang Bertopeng Di Sungai Thames Gemparkan Penduduk British

Memetik Dailymail, satu pasukan tentera pemusnah bom dihantar selepas menerima laporan mengenai kehadiran sebuah roket berukuran empat kaki di atas sebuah bot di sungai berkenaan.

"Anggota terlibat mengatakan roket tersebut adalah sebuah 'perhiasan'," kata jurucakap polis Thames Valley.

Orang ramai yang terkejut dengan kehadiran 'roket' berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati.

"(Kejadian tersebut) sangat tidak kelakar. Banyak benda buruk berlaku disebabkan pengganas," kata seorang penduduk tempatan.

"Kami berharap pihak polis akan berbincang dengan pemilik bot dan menyuruhnya membuang perhiasan tersebut," tambahnya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/penduduk-gempar-kehadiran-roket-pengganas-1.380744


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.